mutakhir

Adik dicari, abang dibunuh

Oleh Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Seorang mandur dibunuh kejam oleh sekumpulan lelaki yang menetak mangsa hingga menyebabkan kaki kirinya putus manakala kedua tangannya hampir putus, petang kelmarin.

Difahamkan, kejadian jam 4.30 petang itu berlaku ketika mangsa, V Muniandy, 24, tinggal sendirian di rumahnya di Ladang Tanah Merah, dekat sini, sebelum diserang kumpulan terbabit dan berlaku pergaduhan.

Bapa saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun setengah namun ketika kejadian anggota keluarganya itu tiada di rumah kerana menziarahi jiran berhampiran.

“Saya diberitahu, suspek datang mencari adik mangsa. Bagaimanapun, mereka dipercayai tidak puas hati dengan jawapan mangsa menyebabkan dia diserang. Saya tidak menyangka mereka sanggup membunuhnya dengan cara kejam.

“Isteri mangsa berusia 22 tahun sedang hamil empat bulan. Kami sekeluarga berasa amat sedih kerana baru saja menyambut Deepavali bersama Rabu lalu,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Port Dickson (HPD), semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 27, 2014 @ 5:16am
d