mutakhir

Tersembam dihimpit

Oleh Khairul Hamizy Ramlee

Kuala Terengganu: Dua penuntut institusi pengajian tinggi cedera di badan dan retak tulang pipi selepas diragut dua penjenayah berhampiran restoran makanan segera di Gong Badak, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam, mangsa, Nur Hidayu Wahab, 21, dan rakannya, Fatima Idris, 21, menaiki motosikal Honda Wave dari asrama pusat pengajian menuju ke pasar raya di Gong Badak bagi membeli barangan untuk program mereka.

Malangnya, dua lelaki yang melihat beg tangan rakannya berada di dalam raga motosikal itu segera mengekori mangsa dari belakang.

Nur Hidayu berkata, dia dan rakannya tidak menyedari dua lelaki bermotosikal mengekori mereka ketika menuju pasar raya berkenaan.

Katanya, dua lelaki terbabit menghimpit sebelum menyambar beg tangan rakannya di dalam raga motosikal.

"Kejadian itu terlalu pantas dan saya tidak sedar bagaimana beg tangan dilarikan sebelum pandangan saya terus gelap sebaik lelaki terbabit menghimpit motosikal dinaiki kami.

"Sebaik tersedar, ada orang menarik tangan saya ke tepi jalan bagi mengelak digilis kenderaan lain di tengah jalan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 28, 2014 @ 5:03am
d