mutakhir

RM700,000 lebur

Oleh Muhamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Terpedaya dengan peluang pelaburan jutaan ringgit dijanjikan menyebabkan seorang ahli perniagaan dari selatan tanah air kerugian lebih RM700,000 selepas dirompak ‘rakan niaga’ warga Afrika.

Dalam kejadian jam 8 malam Khamis lalu, lelaki berusia 35 tahun itu bersama tiga rakannya disamun ketika berbincang dengan sekumpulan penjenayah warga Afrika di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini.

Menurut sumber polis, mangsa pada mulanya mengenali seorang lelaki warga Afrika yang menawarkan urus niaga untuk mengembangkan perniagaannya.

Menurutnya, suspek kemudian meminta mangsa datang ke ibu kota untuk berjumpa di hotel bagi membincangkan perkara itu.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian datang ke hotel itu ditemani rakannya. Malah mangsa turut membawa wang tunai yang diminta suspek untuk tujuan pelaburan itu.

“Bagaimanapun mangsa yang masuk ke dalam bilik hotel untuk bertemu suspek terkejut apabila dia disambut tiga lagi lelaki Afrika bersenjatakan parang,” katanya.

Menurutnya, semua suspek itu yang bersembunyi di dalam tandas bilik hotel mengarahkan mangsa berdiam diri serta tidak melawan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 28, 2014 @ 5:13am
d