mutakhir

Serang keluarga adik

Oleh Arifin Salleh

Alor Gajah: Bahana dendam, satu pasangan suami isteri cedera diserang saudara mereka sendiri di Kuala Sungai Baru, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam Sabtu lalu, mangsa, Shahrul Ahmad Muda, 47, dan isteri, Noriah Bakar, 47, dibelasah abang dan kakak iparnya menggunakan kayu dan batang besi hingga cedera.

Lebih malang, Noriah terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan kerana kecederaan parah di betis kanan.

Menceritakan kejadian itu, Shahrul mendakwa ketika kejadian dia dan isteri berehat di ruang tamu rumah selepas pulang dari majlis kenduri sebelum abang ipar dan birasnya tiba-tiba muncul lalu menyerang mereka.

Shahrul mendakwa, abang ipar dan birasnya berusia awal 50-an datang membawa sebatang kayu tanpa memberi salam dan terus memukul dia serta isteri.

“Libasan kayu daripada abang ipar mengenai badan sebelum saya mencapai sebatang besi di sudut rumah lalu membalas balik hingga mengenai badannya.

“Abang ipar yang berang melihat saya melawan menghayun kayu hingga mengenai kaki kanan, paha dan tangan hingga saya terjatuh sebelum dia merampas besi,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 28, 2014 @ 5:15am
d