mutakhir

Las Vegas Puchong

Oleh Mohd Fadly Samsudin

Puchong: Sebuah pusat siber yang menyediakan judi Internet didapati sengaja diubah suai menyerupai kasino mewah lengkap dengan sofa, pelayan wanita dan minuman keras.

Tindakan pengubahsuaian itu dilakukan ahli sindiket judi Internet terletak di Bandar Puteri Puchong di sini, bagi menarik kehadiran 'kaki judi' menghabiskan wang di pusat siber itu.

Kegiatan perjudian haram itu bagaimanapun dibongkar selepas sepasukan anggota Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melakukan serbuan mengejut di premis itu jam 4.30 petang semalam.

Difahamkan serbuan dilakukan MPSJ hasil aduan penduduk sekitar terutama golongan ibu bapa yang bimbang anak masing-masing terjebak dalam aktiviti perjudian yang berselindung di sebalik pusat siber.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, serbuan diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasa Mazrul Zahar Mohd bersama 16 anggota MPSJ.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 29, 2014 @ 5:03am
d