mutakhir

Lima daerah tumpuan

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah sentiasa berada dalam keadaan bersedia berikutan sudah melakukan persiapan rapi bagi berdepan kemungkinan bencana banjir berikutan paras air di beberapa sungai di negeri ini dibimbangi melimpah berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Pengarahnya, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Ahmad Shahabuddin berkata, pihaknya sudah menyediakan perancangan menerusi Mekanisma Tindakan Bencana Banjir sekiranya hujan lebat masih berpanjangan sekali gus mengakibatkan air sungai melimpah.

Menurutnya, Kedah antara negeri tidak terkecuali dilanda banjir berikutan kejadian banjir besar pada 2010 lalu menyebabkan JBPM mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan persediaan awal untuk memastikan pelan operasi yang akan dilakukan mengikut perancangan.

Beliau berkata, setakat ini, lima daerah di negeri ini diberi tumpuan khusus untuk pemantauan banjir berikutan pengalaman ketika banjir besar yang pernah berlaku sebelum ini.

"Antara daerah terbabit termasuk di Pendang, Padang Terap, Kubang Pasu, Kota Setar dan Langkawi, malah kita turut membuat pemantauan di daerah lain yang kurang berisiko dinaiki air seperti di Baling dan Kulim yang kerap dilanda banjir kilat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 29, 2014 @ 5:03am
d