mutakhir

Demi kasih 'Epok'

Oleh Mohamad Hussin

Alor Setar: "Anak saya, Anas Sabry, 12, sangat menyayangi kucing sehingga dia sanggup menggadaikan nyawanya sendiri dengan meredah banjir demi menyelamatkan haiwan berkenaan.

"Saya khuatir kerana paras air mulai naik hingga ke paras pinggang, tetapi syukur kerana anak saya dan kucing peliharaannya yang diberi nama 'Epok' selamat," kata Hasnah Md Noor, 53, yang terperangkap dalam banjir berikutan hujan lebat berpanjangan di Kampung Simpang Tiga, Kepala Batas, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang kelmarin, seramai 11 keluarga membabitkan 50 mangsa di Kampung Simpang Tiga dan Kampung Hilir, di sini, terperangkap selepas rumah mereka dinaiki air setinggi satu meter apabila paras air Sungai Padang Terap melimpah.

Difahamkan, setakat jam 4 petang semalam, Sungai Padang Terap mencatatkan bacaan 4.01 meter iaitu melebihi paras bahaya sekali gus penduduk di kawasan berhampiran dinasihati agar berwaspada.

Hasnah berkata, Anas yang juga anak ketujuh daripada lapan beradik sangat sayangkan haiwan berkenaan dan memelihara lapan ekor kucing termasuk Epok.

"Kami tinggal 10 beranak di rumah ini menyebabkan berasa bimbang dengan kejadian banjir itu. Dalam bulan ini saja, sudah empat kali rumah kami dilanda banjir berikutan hujan lebat tanpa henti sejak beberapa hari lalu

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 29, 2014 @ 5:04am
d