mutakhir

'Saya sayang Izzah'

Oleh Sarah Zulkifli.

Kuala Lumpur: "Saya masih sayangkan Nurul Izzah dan anak-anak," kata suami Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.

Raja Ahmad Shahrir berkata demikian ketika ditemui selepas prosiding sebutan kes perceraiannya yang difailkan Nurul Izzah awal Januari lalu di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang.

Terdahulu, Peguam Syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir berkata, pihaknya memfailkan bantahan terhadap laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan memohon mengadakan JKP baru.

"Ini kerana pihak kami tidak berpuas hati dengan laporan JKP terdahulu yang terlalu ringkas," katanya.

Perkara itu dimaklumkan Azmi selepas kedua-dua pihak berjumpa dalam kamar.

Bagaimanapun, katanya, mahkamah menolak permohonan itu dan mensabitkan wujudnya shiqaq' (perbalahan berpanjangan) dalam perkahwinan pasangan terbabit dan menasihati anak guamnya untuk melafazkan talak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 29, 2014 @ 5:05am
d