mutakhir

'Kenalpun tidak'

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, menetapkan 23 November depan sebagai tarikh perbicaraan kes saman RM2 juta terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkan bekas calon PKR Mohd Shamsul Mat Amin selaku plaintif memanggil saksi terakhir dari akhbar KOSMO.

Perbicaraan kes berkenaan turut menyaksikan ratusan penyokong Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang membanjiri pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi.

Abdul Hadi hadir bagi memberi keterangan membela diri berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh Mohd Shamsul yang mendakwa Presiden PAS itu memfitnahnya sebagai pengedar pil kuda dalam satu ceramah kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), tahun lalu.

Abdul Hadi berkata, apa yang disampaikan beliau pada ceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang, pada 22 April tahun lalu bersifat umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa.

“Seperti saya katakan sebelum ini, ucapan saya itu bersifat umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa. Saya juga tidak kenal Mohd Shamsul dan seingat saya, saya tidak pernah berjumpa dengan beliau.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 29, 2014 @ 5:09am
d