mutakhir

Peluru kena salur darah

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

Kuantan: Seorang pakar perubatan forensik memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, kematian Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek pada November tahun lalu adalah disebabkan kecederaan dan pendarahan di dada akibat kesan tembakan.

Dr Nor Zaimah Mohamad Idris yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Forensik di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, dalam keterangannya memberitahu luka tembakan di dada mangsa mengenai salur darah subclavian kanan (satu daripada cabang salur darah aorta), trakea dan paru-paru kanan.

Dia adalah saksi ketiga memberikan keterangan itu di depan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman pada hari kedua perbicaraan kes ketua kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dan empat pengikutnya terhadap tuduhan membunuh Ahmad Raffli.

Nor Zaimah melakukan bedah siasat ke atas mayat Ahmad Raffli selepas diminta oleh Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Zukri Muhammad pada 10 November 2013 pada jam 6.30 petang hingga jam 9.30 malam.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Khamizah Salleh, beliau berkata, kesan tembakan itu mengakibatkan pendarahan yang banyak ke dalam ruang paru-paru dan di luar tubuh si mati.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 29, 2014 @ 5:09am
d