mutakhir

Famili dadah tumpas

Oleh Shahrul Nizam Mohamad

Kuantan: Polis menahan lelaki berusia 21 tahun termasuk lima ahli keluarganya selepas disyaki terbabit dengan kegiatan mengedar dadah syabu di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Haji Ahmad, di sini, pagi Ahad lalu.

Dalam serbuan jam 1.30 pagi itu, lelaki dikenali sebagai Tango dan keluarganya itu ditahan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang selepas menerima maklumat awam.

Difahamkan, lelaki yang berasal dari Johor Bahru, Johor belajar dengan bapanya cara memproses dadah dari Internet sebelum mengedarnya di sekitar bandar ini dengan harga antara RM100 hingga RM150 mengikut berat.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Abd Ghani berkata, turut ditahan, seorang wanita warga Thailand bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di bandar ini yang juga milik bapa lelaki terbabit.

“Dalam serbuan itu polis menahan tiga lelaki dan empat wanita berusia 19 hingga 69 tahun,” katanya dalam sidang media di IPK Pahang, di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di tingkat atas rumah teres itu, polis menemui 3.49 gram ketulan kristal dadah syabu yang siap diproses diikuti 3335.66 gram meth oil, bahan kimia seperti hydrochloric dan sodium hydroxide.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 29, 2014 @ 5:11am
d