mutakhir

Kaji beberapa modul

Oleh Erywan Norshal

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengkaji beberapa modul sebelum melaksanakan pemberian subsidi petrol sepenuhnya kepada individu berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan yang dijangka bermula Jun tahun depan.

Timbalan Ketua Setiausahanya (Kepenggunaan dan Pengurusan), Datuk Basaruddin Sadali berkata, selepas mengkaji modul itu, pihaknya akan meminta maklum balas orang awam terlebih dahulu sebelum melaksanakan program berkenaan.

“Modul ini membabitkan kategori pendapatan penerima sama ada ia pendapatan isi rumah atau individu yang perlu diperhalusi lagi.

“Selain itu, kami membangunkan sistem teknologi maklumat pembahagian subsidi dengan membabitkan pelbagai peringkat seperti kementerian dan pengeluar minyak.

“Bagaimanapun, sistem yang akan digunakan ini tidak akan memberi masalah di stesen minyak di bandar, tetapi mungkin memberi kesan di kawasan pedalaman lebih-lebih lagi bagi stesen minyak kecil kerana ia membabitkan urusan dalam talian dan internet,” katanya selepas sidang media pengumuman calon akhir bagi Anugerah Francais Malaysia 2014 (AFM 2014), di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 29, 2014 @ 5:15am
d