mutakhir

Semangat Wak Ali

Oleh Nor Asyikin Sazali

Pontian: “Setiap kali ada perlawanan, Bak (bapa) pasti akan meminta saya untuk membawanya ke stadium menyaksikan perlawanan pasukan kegemarannya itu,” kata Azib Zaini, 52, mengenai mentuanya Mohammed Ali Lumak yang digendong seorang lelaki ketika memasuki Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Larkin, Johor Bahru tersebar luas di laman Facebook, baru-baru ini.

Difahamkan, Mohammed Ali atau lebih mesra dipanggil Wak Ali, 87, mempunyai tujuh cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan Alimah Salleh, 78, dan kini mempunyai lebih 40 cucu serta lima cicit sememangnya meminati sukan bola sepak sejak dari muda dan pernah mewakili daerah Pontian dalam beberapa pertandingan sukan berkenaan.

Mohammed Ali adalah penyokong tegar Johor Darul Ta’zim (JDT) dan sanggup pergi ke stadium dengan ditemani isteri, anak, menantu serta cucunya bagi menyaksikan perlawanan pasukan kesayangannya itu.

Azib berkata, dia sanggup menutup kedai makan yang diusahakannya lebih 20 tahun itu sehari setiap kali membawa bapa mentua dan ahli keluarganya menonton perlawanan pasukan pilihan mereka itu di stadium.

“Kami akan ke stadium setiap kali ada perlawanan yang membabitkan pasukan JDT kerana Bak bersungguh-sungguh mahu menyaksikan pasukan kegemarannya itu beraksi, namun jika tidak berkesempatan dia akan menonton di kaca televisyen saja.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 29, 2014 @ 5:20am
d