mutakhir

Pengintip mudah alih

Oleh Yusmizal Dolah Aling dan Rizanizam Abdul Hamid

Kuala Lumpur: Keghairahan pengguna telefon pintar memuat turun aplikasi permainan video terutama yang disifatkan popular sebenarnya mendedahkan mereka kepada kegiatan mencuri maklumat peribadi yang didalangi pihak tertentu.

Penggodam hanya perlu ‘menyelit’ malware atau virus mudah alih di dalam aplikasi permainan itu dan sebaik ia dimuat turun ke dalam telefon pintar mempunyai akses terhadap maklumat peribadi pemilik.

Difahamkan, maklumat peribadi seperti nombor telefon yang dikumpul oleh penjenayah siber itu boleh dijual kepada pihak lain seperti syarikat perniagaan tertentu pada harga dua sen setiap satu.

Jadi tidak hairanlah apabila pengguna secara tiba-tiba mendapat e-mel, SMS atau panggilan telefon tawaran daripada syarikat tertentu, malah ada ahli politik yang dikatakan membeli maklumat yang sudah dikumpulkan itu untuk menghantar SMS kepada ramai penerima secara serentak.

Pensyarah Kanan Jabatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Azizol Abdullah berkata, kegiatan itu sudah lama berlaku terutama selepas kerancakan penggunaan telefon pintar dan kemunculan aplikasi serta permainan video untuk dimuat turun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 30, 2014 @ 5:05am
d