mutakhir

Ayat 'power' lelaki Afrika

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Seremban: Janji manis dan ayat cinta ‘power’ dipercayai antara punca ramai wanita di negeri ini sanggup menyerahkan wang tunai antara puluhan ribu hingga jutaan ringgit tanpa menyedari mereka menjadi mangsa sindiket penipuan yang didalangi lelaki Afrika.

Anggota sindiket itu dikesan menggunakan identiti palsu dengan menyamar lelaki kulit putih serta mempunyai latar belakang profesional bagi menipu mangsa.

Difahamkan, sindiket itu akan mencari mangsa melalui laman sosial seperti Facebook, Tagged dan MySpace sebelum memperdaya mangsa hingga jatuh cinta dalam tempoh singkat sebelum berpura-pura kononnya menghadapi masalah ketika penghantaran bungkusan sebelum meminta mangsa memasukkan wang ke dalam akaun diberi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata, berdasarkan statistik sejak awal tahun ini, 15 wanita berusia 40-an menjadi mangsa sindiket berkenaan membabitkan kerugian lebih RM5 juta.

“Kebanyakan mangsa ialah wanita bujang yang berkenalan dengan suspek melalui laman sosial. Suspek biasanya menggunakan taktik menghantar barang sebelum kononnya barangan itu ditahan kastam sebelum memperdaya mangsa supaya menyerahkan wang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 31, 2014 @ 5:03am
d