mutakhir

Sebatang kara di rumah usang

Oleh Nor Shafinaz Sari

Melaka: “Saya tidak mampu membaiki rumah ini kerana tidak berduit, tetapi tidak mahu menyusahkan adik saya kerana dia juga orang susah,” kata Che Wah Ismail, 71, yang tinggal sebatang kara dalam keadaan serba kekurangan di sebuah rumah uzur di Kampung Pantai Puteri sejak lima tahun lalu.

Che Wah berkata, sejak kematian suami, rumah usang itu tidak lagi terurus.

Menurutnya, di musim hujan sekarang, kehidupannya bertambah sulit dengan keadaan dapur berlumpur, selain hanya boleh merehatkan badan di ruang tamu iaitu satu-satunya tempat yang tidak dibasahi hujan selepas atap bocor.

“Rumah yang dibina suami sejak 50 tahun lalu ini terlalu uzur, bumbungnya berkarat malah mengalami kebocoran di banyak tempat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, adiknya ada membantu membuat permohonan membaiki rumah kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN), namun tiada jawapan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 19, 2014 @ 5:14am
d