mutakhir

Taktik basi awang hitam

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Biarpun kerap ditumpaskan polis namun sindiket penyeludupan dadah didalangi warga Nigeria masih menggunakan taktik basi apabila masih menyembunyikan syabu di dalam katrij dan tempat duduk basikal.

Sindiket dadah antarabangsa itu dikesan turut menggunakan perkhidmatan kurier antarabangsa yang beroperasi dari Guangzhou, China, untuk menghantar dadah itu ke Malaysia.

Selain mengunakan katrij mesin pencetak dan tempat duduk basikal, sindiket turut dikesan menyembunyikan dadah di dalam silinder besi dan beg galas yang diubah suai sebelum dihantar melalui bungkusan ke alamat palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, taktik itu bagaimanapun berjaya dibongkar selepas polis merampas dadah jenis syabu seberat 21.9 kilogram yang dianggarkan bernilai RM2.2 juta dalam lima serbuan berasingan di sekitar Petaling Jaya dan Puchong, Selangor.

Dalam serbuan pertama dilakukan pada 12 November lalu, pegawai dan anggota JSJN berjaya menahan seorang lelaki warga Nigeria dan merampas tujuh set katrij mesin pencetak mengandungi syabu seberat 1.03 kilogram di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 19, 2014 @ 5:16am
d