mutakhir

Sultan murka

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

Cameron Highlands: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dan murka berikutan beberapa insiden membabitkan banjir lumpur dan tanah runtuh yang berlaku di daerah ini.

Ia sekali gus menjejaskan imej negeri berkenaan sebagai pusat pelancongan terkemuka di negara ini dan antarabangsa.

Bagi memastikan insiden itu tidak berulang, baginda menitahkan semua penerokaan tanah haram untuk aktiviti pertanian di seluruh Cameron Highlands yang menyumbang kepada berlakunya kerosakan di kawasan tanah tinggi itu dihentikan serta-merta.

Baginda turut menitahkan supaya tindakan tegas diambil kepada pihak yang tidak bertanggungjawab dalam membiarkan perkara itu berlarutan.

“Sila hentikan aktiviti penerokaan tanah untuk pertanian secepat mungkin. Mereka ini melanggar undang-undang bahkan mereka juga yang bertanggungjawab terhadap segala kemusnahan yang berlaku di Cameron Highlands,” titah baginda.

Sultan Ahmad Shah memaklumkan bencana seperti itu sudah berlaku sejak zaman British lagi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 20, 2014 @ 5:16am
d