mutakhir

Kubur cetek

Oleh Fuad Hadinata Yaacob

Shah Alam: Kubur wanita mengandung warga Indonesia berusia 39 tahun yang ditanam di dalam ladang sawit berdekatan Kampung Gumut Tambahan, Kuala Kubu Baru, dekat sini bukan saja ditutupi dengan daun sawit tetapi mayatnya juga turut dilapik dengan tikar.

Polis dimaklumkan mengenai penemuan kubur berkenaan dan menggalinya jam 5 petang Isnin lalu sebelum menemui mayat wanita itu.

Mayat wanita terbabit ditanam dalam kubur sedalam semeter.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, anak saudara mangsa berusia 36 tahun menghubungi polis selepas dia dimaklumkan rakan mengenai penemuan kubur ibu saudaranya itu.

“Anak saudara mangsa menghubungi polis dan kami bergegas ke lokasi berkenaan jam 5 petang hari sama.

“Kami menggali kubur itu dan menemui mayat berkenaan ditanam sedalam 3.5 kaki (kira-kira semeter).

“Kuburnya ditutupi dengan daun kelapa sawit manakala mayat mangsa dilapik dengan tikar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 20, 2014 @ 5:17am
d