mutakhir

Muncul bersantai

Oleh Zulfa Mohamad

Tasek Gelugor: Penduduk di tepi Sungai Perai, dekat Pangkalan Machang, Sungai Dua gempar dengan kemunculan seekor buaya tembaga bersaiz besar yang ‘bersantai’ di tepi sungai itu, kelmarin.

Buaya dianggarkan sepanjang enam meter dan lebar 0.5 meter itu dikatakan naik ke darat jam 11 pagi sebelum turun semula ke sungai sejam kemudian.

Penduduk menyifatkan ia buaya paling besar pernah dilihat di sungai berkenaan, malah lebih besar daripada buaya digelar ‘Tok Keramat’ yang pernah muncul di Kampung Rantau Panjang, Penaga, Kepala Batas tahun lalu.

Seorang penduduk dikenali sebagai Bob, 40, berkata, buaya berkenaan sudah beberapa kali dilihat ‘bersantai’ di tepi sungai berkenaan.

Katanya, pada mulanya hnya dua buaya kelihatan, tetapi seekor buaya lagi yang lebih kecil turun semula ke sungai selepas terkejut dengan kehadiran penduduk.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 21, 2014 @ 5:16am
d