mutakhir

30 pelajar ugut enggan belajar

Oleh Mohd Rafi Mamat

Kuantan: “Untuk menambat hati pelajar Orang Asli, saya perlu menyelami hati dan perasaan mereka. Kemesraan yang terjalin membolehkan saya makan dan tidur bersama tanpa sebarang masalah.

“Kasih sayang saya pada pelajar begitu mendalam, saya menganggap mereka seperti anak sendiri yang memerlukan tunjuk ajar dan nasihat dalam semua perkara,” kata Sobariah Abu Bakar, 45.

Dia yang berpengalaman selama 15 tahun mengajar agama di Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA) Bukit Sekilau, di sini, berkata, kesabaran tinggi perlu ada untuk menjadi tenaga pengajar kepada pelajar Orang Asli.

Katanya, pelbagai pengalaman dilalui sepanjang berkhidmat di PETAMA yang ditubuhkan untuk melahirkan golongan pendakwah dalam kalangan remaja Orang Asli di Pahang.

Katanya, ada beberapa kes pelajar yang mendaftar untuk belajar di PETAMA selama setahun enam bulan masih belum memeluk Islam dan tidak berkhatan selain kosong pengetahuan Islam.

“Bagi pelajar perempuan yang belum berkhatan saya membawa mereka ke klinik, segala urusan dibiayai sepenuhnya Yayasan Pahang (YP) yang sentiasa mengambil berat terhadap pelajar PETAMA.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 22, 2014 @ 5:09am
d