mutakhir

Pemburu topi keledar

Oleh Arifin Salleh

Alor Gajah : Bermula hanya sebagai hobi, seorang penjual topi keledar lama tidak menyangka minatnya itu kini menjadi punca rezeki buatnya.

Bagi Mohd Asri Ramli, 40, pengalaman mencari topi keledar terpakai dalam longgokan sampah sehingga disergah penduduk kampung menjadi pembakar semangat untuknya membuktikan barangan itu masih mempunyai nilainya tersendiri.

Katanya, kini topi keledar terpakai antaranya jenama SHOEI, Arai, BELL dan Magnum menjadi kegilaan ramai khususnya golongan muda yang minat dengan barangan berkenaan.

“Mencari topi keledar lama atau retro bukanlah satu perkara mudah dan memerlukan kesabaran tinggi, jika tidak kena pada caranya pasti terkena sindiran tajam atau paling tidak dihalau dengan parang.

“Tidak semua topi keledar lama ini didapati dari longgokan sampah, ada juga yang dibeli pada harga berpatutan dari orang perseorangan yang ingin membuangnya.

“Kadang kala topi keledar dibeli tidak setimpal dengan rupa bentuknya, tetapi dengan kualiti yang ada ia mampu dijual pada harga bersesuaian,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui menyertai himpunan 2,700 Motosikal Retro pada Karnival Retro Bike Week 2014 di Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 22, 2014 @ 5:10am
d