mutakhir

Gelora asmara selepas bercerai

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Jitra: Seorang lelaki dipercayai gila talak apabila didapati bersekedudukan dengan bekas isterinya yang juga isteri orang, malah kerap mengunjungi rumah jandanya di Tunjang, dekat sini, sebelum mereka dicekup kerana disyaki berkhalwat, malam kelmarin.

Lelaki berusia 46 tahun itu dikatakan sudah lama berpisah dengan bekas isterinya berusia 45 tahun dan mempunyai tiga anak yang masih kecil, tetapi dikesan menjalinkan hubungan sulit ketika suami wanita terbabit tiada di rumah.

Bagaimanapun, kegiatan mereka akhirnya dapat dihidu sebelum dicekup kira-kira jam 11 malam oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PAKDP) selepas menerima maklumat.

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat membabitkan pasangan itu lalu membuat pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata, sebaik anggota penguat kuasa tiba, mereka mendapati keadaan luar rumah itu gelap dan berkunci dari dalam sehingga menimbulkan syak.

“Sejurus mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali, ia dibuka seorang wanita yang berpakaian lengkap dan terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa PADKP.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 24, 2014 @ 5:10am
d