mutakhir

Broker orang dalam

Oleh Ardini Sophia Sina

Kuala Lumpur : Golongan orang kenamaan (VIP) dan ahli perniagaan mampu mendekati artis dan mengumpan mereka dengan pelbagai kemewahan kerana dibantu orang tengah yang juga bekerja dalam industri seni.

Pelakon muda, Adeline Tsen berkata, itulah hakikat yang berlaku dalam industri seni ibarat harapkan pagar, pagar makan padi.

“Tidak kiralah sama ada jurukamera ataupun jurusolek, semuanya akan menyarankan agar saya berkenalan dengan golongan atasan itu.

“Saya tidak pernah melayan kehendak mereka. Saya bukanlah individu yang inginkan jalan pintas. Kalau layan, sudah pasti akan timbul isu. Ada juga VIP yang berjaya mendapat nombor telefon dan menghubungi telefon saya, tetapi saya tidak pernah jawab,” katanya.

Adeline mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam mengenai tindakan segelintir VIP dan ahli perniagaan yang sanggup mengumpan beberapa artis muda dengan barangan mewah untuk mendapatkan janji temu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 24, 2014 @ 5:14am
d