mutakhir

Denda RM1,700

Oleh Yusmawati Mhd Yusof

Melaka: Seorang mak nyah didenda RM1,700 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacur di sebuah bilik hotel awal bulan ini.

Hukuman itu diputuskan Majistret Norina Maludin terhadap VB Vaishnavi, 41, dari Setapak, Kuala Lumpur yang mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencari pelanggan bagi persundalan di sebuah bilik hotel di Jalan Munshi Abdullah, di sini, kira-kira jam 4.30 petang pada 7 November lalu.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan Unit Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) dari Bukit Aman menyerbu hotel itu dan hasil pemeriksaan di sebuah bilik di tingkat bawah menjumpai seorang lelaki bersama tertuduh yang berpakaian menyerupai wanita.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 25, 2014 @ 5:11am
d