mutakhir

Susuri kegemilangan

Oleh Amir Abd Hamid dan Mohd Hafizee Mohd Arop

Cameron Highlands: Mesyuarat Khas Banjir Kilat dan Tanah Runtuh Cameron Highlands, di sini, semalam, memutuskan bukan saja untuk memulih bandar peranginan tanah tinggi itu, malah mengembalikan kegemilangannya sebagai lokasi pelancongan dunia.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, ia terkandung dalam Pelan Tempatan Cameron Highlands.

Beliau berkata, pembangunan di kawasan itu disemak semula termasuk 6,800 hektar yang diteroka.

“Saya meminta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa melihat semula pelan tempatan yang diluluskan sebelum ini dan yang perlu diperbaiki bagi disesuaikan mengikut kesesuaian semasa,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

Muhyiddin berkata, cerun dibenarkan bagi pembangunan kawasan tanah tinggi Cameron Highlands adalah 20 darjah kecerunan.

Namun, katanya, kebanyakan lereng bukit yang diteroka mencapai tahap 40 darjah kecerunan.

“Apa yang sudah berlaku ialah banyak kawasan-kawasan itu sudah pun ditebang, diratakan dan ini pastinya satu perkara yang amat mendukacitakan.

“Di Parlimen (sebelum ini) saya sudah sebutkan mesyuarat memutuskan Rancangan Tempatan Cameron Highlands dikaji semula Jabatan Perancang Bandar dan Desa dengan kerjasama jabatan kerajaan negeri, (pejabat) daerah dan tanah Cameron Highlands serta pihak berkuasa tempatan untuk tujuan pembangunan lestari dan dalam masa sama memelihara alam sekitar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 25, 2014 @ 5:14am
d