mutakhir

Hadiah buat ibu, ayah

Oleh Mohd Hasbi Sidek

Shah Alam : Kegagalan memuaskan hati ibu bapa ketika menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) enam tahun lalu ditebus Fara Aimira Mohamed, 23, selepas menerima Anugerah Naib Canselor (ANC) pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-76 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), di sini, semalam.

Walaupun bergelar isteri pada usia muda, keinginan Fara Aimira untuk melihat wajah kegembiraan orang tuanya tidak menjadi penghalang buat dirinya sehingga memperolehi segulung Ijazah Sarjana Muda Pergurusan Perniagaan (Peruncitan) dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.64.

Ibu kepada seorang anak perempuan itu berkata, selepas menerima keputusan SPM yang tidak memuaskan dia bertekad mahu menebus kembali kegagalannya itu.

“Sejak di peringkat diploma sehingga menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, saya cuba mengekalkan pencapaian yang tinggi bagi memastikan saya berjaya menggenggam segulung ijazah dan membahagiakan mereka (ibu bapa).

“Tiada apa yang lebih istimewa melainkan melihat riak kegembiraan mereka selain dapat membalas jasa mereka selepas sekian lama bersusah payah membesar dan mendidik saya,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 25, 2014 @ 5:16am
d