mutakhir

Bincang hati ke hati

Oleh Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: “Jangan ikut perasaan marah, peluang mungkin boleh diberikan dengan memikirkan masa depan anak,” demikian nasihat bekas Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din berkaitan masalah rumah tangga menimpa Iskandar selepas rahsianya sanggup menjadi ‘anak ikan’ kepada janda bergelar Datuk terbongkar dengan intipan isterinya, Anis.

Mengulas lanjut perkara itu, Dr Mohamed Fadzil berkata langkah terbaik bagi pasangan terbabit menyelesaikan masalah adalah dengan mendapatkan sokongan dan bantuan keluarga terdekat.

“Jangan buang masa jumpa kaunselor kerana ia akan memakan masa untuk cari jalan penyelesaian, tetapi carilah keluarga untuk mendapatkan sokongan dan nasihat.

“Ini soal maruah, jadi apa yang perlu dilakukan ialah perbincangan dari hati ke hati bersama keluarga dua-dua pihak,” katanya.

Muka depan Harian Metro semalam menyiarkan laporan berkaitan Iskandar yang sanggup menggadai maruah diri dengan menjadi lelaki simpanan untuk memuaskan nafsu wanita kaya yang kesunyian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 25, 2014 @ 5:19am
d