mutakhir

'Lantak dia oranglah'

Kuala Lumpur: “Lantaklah apa mereka nak cakap. Setakat yang pertikaikan pun dua atau tiga kerat saja. Orang lain okey saja,” kata pelawak Ahmad Nabil Ahmad menangkis pertikaian pihak tertentu terhadap kandungan lawaknya yang didakwa tidak sensitif pada Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014, malam Jumaat lalu.

Nabil, 31, yang dihubungi berkata, pertikaian tidak berasas mengenai jenaka tuala wanita dalam pertandingan itu adalah perkara remeh yang tidak perlu dilayan.

“Kalau nak ambil semua orang cakap memang tak boleh hiduplah saya jadinya. Cuba fikir secara logik kalau produk tuala wanita itu benda yang betul-betul sensitif kenapa iklan mengenainya tidak dihentikan?

“Saya hanya buat lawak daripada apa yang sedia ada dan perkara biasa dalam kehidupan kita. Tak ada apa yang sensitif atau pelik pun rasanya dengan jenaka itu. Jadi tak payahlah pihak tertentu nak besar-besarkan hal sebab majoriti yang lain okey dengan lawak itu,” katanya.

Bahan jenaka yang digunakan Nabil dalam MLM2014 menyentuh mengenai tuala wanita dikritik teruk oleh segelintir pihak di media sosial berikutan persembahannya pada minggu kedua program itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 25, 2014 @ 5:19am
d