mutakhir

Sembunyi peluru dalam peti deposit

Kuala Lumpur: Seorang penjenayah dikesan menggunakan peti deposit di sebuah bank di Jinjang di sini, untuk menyembunyikan tiga peluru hidup raifal M-16.

Suspek berusia 50 tahun itu dikesan meletakkan peluru itu di dalam sampul surat sebelum menyimpannya di bank berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Tindakan itu bagaimanapun mengundang padah apabila suspek ditahan polis ketika datang ke cawangan bank berkenaan untuk mengeluarkan semua barangan disimpan di dalam peti deposit bank itu jam 11.15 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata peluru hidup dipercayai bagi kegunaan rifel M-16 itu ditemui dibungkus di dalam sampul surat serta dibalut dengan beg plastik lutsinar.

Disiarkan pada: November 26, 2014 @ 6:57am
d