mutakhir

KDN isytihar 54 pertubuhan haram

Kuala Lumpur: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan 54 pertubuhan haram apabila dikesan melakukan pelbagai kesalahan dan aktiviti yang boleh mengancam kestabilan negara mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, antara kesalahan yang dilakukan termasuk menjalankan aktiviti kongsi gelap, aktiviti politik yang berlainan daripada apa yang ditetapkan perlembangan pertubuhan itu sendiri serta melaksanakan aktiviti di luar bidang kuasa mereka.

“Antara yang diharamkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang yang menjalankan aktiviti yang sebenarnya bukan peringkat mereka kerana tugas mengawal keselamatan itu terletak di peringkat persekutuan.

“Ada juga pertubuhan melakukan aktiviti politik berlebihan dan lain daripada ditetapkan oleh mereka sendiri dan jumlah semua pertubuhan diharamkan semuanya ialah 54,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Disiarkan pada: November 27, 2014 @ 8:10am
d