mutakhir

7 terima tunggakan gaji

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Shah Alam: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan enam lagi bekas ADUN Selangor mungkin menerima tunggakan gaji mereka sejak 2005 apabila Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Selangor bersedia untuk mempertimbangkannya.

Mereka ialah ADUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim yang digantung selama 18 bulan pada 2005; bekas ADUN Sungai Panjang, Dr Mohamad Khir Toyo (setahun, 2009); bekas ADUN Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim (enam bulan, 2009) dan bekas ADUN Seri Serdang, Datuk Satim Diman (enam bulan, 2009).

Tiga lagi ialah bekas ADUN Sabak Datuk Warno Dogol (enam bulan, 2009); bekas ADUN Dengkil, Datuk Marsum Paing (enam bulan, 2009) dan bekas ADUN Hulu Bernam, Datuk Mohamad Idris Abu Bakar (enam bulan, 2009).

Pengerusi jawatankuasa itu Hannah Yeoh berkata, pihaknya mempertimbangkan pembayaran gaji kepada ADUN dan bekas ADUN terbabit berdasarkan kes dimenangi Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Menurutnya, dalam kes itu Mahkamah Persekutuan mengarahkan Parlimen membayar gaji dan imbuhan yang ditahan semasa Gobind digantung selama setahun pada 2009.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 29, 2014 @ 5:10am
d