mutakhir

Daging boleh, najis boleh

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Pilah: “Landak raya adalah haiwan yang menenangkan fikiran apabila melihat gelagatnya makan, berkawan dan berlari.

“Pernah saya duduk melihat haiwan unik ini dari malam hingga awal pagi,” kata Azmi Jaafar, 52, yang mempunyai permit memelihara haiwan berkenaan.

Menurutnya, setiap petang dia akan ke ladang ternakannya di Kampung Melang, di sini, untuk membantu pekerjanya memberi makan sebelum duduk dan melihat gelagat haiwan itu.

Kata Azmi, minatnya terhadap landak atau nama saintifiknya hystrix brachyura timbul ketika berburu sebelum nekad mendapat khidmat nasihat daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada Mac lalu dan memulakan projek membiak haiwan itu dengan modal permulaan lebih RM100,000.

“Saya bermula dengan membela rusa pada 2001 dan menambah haiwan ternakan sebelum membuka ladang ternakan pada 2008.

“Kini saya membela lebih 6,000 ternakan termasuk landak, kambing, ayam Belanda, ayam api-api, angsa dan pelbagai spesies ikan air tawar,” katanya ditemui di ladangnya.

Menurut Azmi, meskipun landak raya dilihat berbahaya kerana mempunyai duri tajam pada badan, namun ia digambarkan haiwan pembersih kerana menjaga tempat tinggal dengan baik selain hanya membuang najis di sudut tertentu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 29, 2014 @ 6:03am
d