mutakhir

Wanita Melayu buka sekolah Mandarin

Oleh Ikram Ismail

Kuala Lumpur: Bermula dengan mengajar secara suka-suka kepada seorang sepupu yang mahu mendalami bahasa Mandarin, seorang bekas pelajar sekolah aliran Cina menapak lebih jauh apabila membuka pusat pengajian bahasa Mandarin atas dasar mahu lebih ramai orang Melayu menguasai bahasa itu.

Menceritakan peringkat awal usahanya itu, Faiezah Ahmad Fauzi, 29, berkata, ketika itu dia berusia 20 tahun dan sepupunya, seorang doktor yang tinggal bersama rakan serumahnya berbangsa Tionghua menyatakan hasrat untuk berkomunikasi dan memahami bahasa Mandarin.

“Dalam tempoh tiga bulan saya mengajar, sepupu saya sudah mula boleh memahami perbualan rakannya dan menjadi semakin fasih dari sehari ke sehari,” kata Faiezah yang berasal dari Johor Bahru.

Menurutnya, ketika itu dia bekerja di sebuah tadika sebagai kaunselor bahasa Inggeris dan Mandarin yang mengajar secara percuma jika terdapat permintaan.

“Selepas sembilan tahun, saya tidak menyangka permulaan mengajar sepupu saya menjadi titik tolak untuk saya membuka pusat pembelajaran ini pada awal tahun di Taman Orkid, Johor Bahru.

“Kini saya mempunyai kelas pengajian untuk orang dewasa dan kanak-kanak serta lebih manis lagi, pusat pembelajaran bahasa ini dikongsi bersama suami (Badrul Nidzam Mohamed) yang mengajar bahasa Arab,” kata anak kedua daripada empat beradik ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 29, 2014 @ 6:06am
d