mutakhir

Projek atas angin

Oleh Nur Lela Zulkipli

Kuala Lumpur: Seramai 40 kontraktor mendakwa ditipu sebuah koperasi hartanah di Putrajaya membabitkan kerugian RM40 juta selepas ditawarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang tidak wujud.

Koperasi itu turut didakwa menggunakan modus operandi yang sama kepada semua mangsa dengan memujuk menerima tawaran yang didakwa bertujuan membantu kontraktor Bumiputera.

Bukan itu saja, mangsa dikehendaki membayar bon pelaksanaan projek dengan jumlah mencecah jutaan ringgit bergantung kepada keluasan projek.

Semua mangsa dilantik menjadi kontraktor dalam reka bentuk projek PR1MA di seluruh negara itu selepas berurusan terus dengan pengerusi dan pengarah syarikat koperasi berkenaan setahun lalu.

Harian Metro difahamkan mangsa sebelum itu diyakinkan projek itu di bawah seliaan kerajaan selain diberi jaminan koperasi itu mendapat sokongan penuh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Abdul Mutalib Alias ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana wakil koperasi bagi menjalankan projek PR1MA.

“Sudah banyak kali kami nasihatkan kepada umum jangan sesekali percaya kepada pihak yang mengatakan mereka mewakili PR1MA.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 29, 2014 @ 6:32am
d