mutakhir

'Masih terkenang Hasni'

Oleh Ahmad Ismail

Segamat: “Jika abang ada tentu majlis ini lebih meriah,” kata Fateen Izah Parlan, 24, adik bongsu Hasni Hardi Parlan, mangsa tragedi Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang melangsungkan perkahwinannya di Taman Sri Alam 2, Batu Anam di sini, semalam.

Fateen Izah dan kakaknya, Fateen Najihah, 25, bersanding serentak bersama pasangan masing-masing dalam majlis yang berlangsung di kediaman keluarga mereka.

Kira-kira 800 tetamu menghadiri majlis anak kepada pasangan Parlan Mesiran, 62, dan Hasiah Rejikon, 56, itu.

Fateen Izah dan pasangannya, Muhammad Firdaus Mohd Fauzai, 25, seorang guru, dinikahkan pada 6 Jun lalu, namun majlis persandingan mereka ditunda akibat insiden yang menimpa Hasni Hardi.

Manakala Fateen Najihah pula berkahwin dengan peniaga, Mohammad Idham Amzirin, juga berusia 25 tahun.

Menurut Fateen Izah, walaupun sepatutnya majlis itu adalah hari gembira buat dirinya, dia masih tidak dapat melupakan saat indah sewaktu membesar dengan arwah Hasni Hardi.

“Apa yang berlaku kami terima dengan reda tetapi bukan mudah untuk melupakan arwah abang.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 30, 2014 @ 5:17am
d