mutakhir

Dua beradik saman MAS

Oleh Nor Azura Abdul Jalil

Kuala Lumpur: Dua anak lelaki seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 memfailkan saman terhadap syarikat penerbangan itu dan empat yang lain untuk menuntut ganti rugi berhubung kehilangan pesawat itu yang dinaiki bapa mereka, Jee Jing Hang, 41, pada 8 Mac lalu.

Dua beradik itu, yang masing-masing berusia 13 tahun dan 11 tahun diwakili peguam Datuk Dr S Arunan dan Gary Edward Chong memfailkan saman melalui Tetuan Rusmah Arunan & Associates di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, pada jam 9.15 pagi.5

Plaintif-plaintif yang membuat tindakan itu melalui ibu mereka, Ng Pearl Ming, 38, menamakan MAS, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia dan Kerajaan Malaysia masing-masing selaku plaintif pertama hingga kelima.

Dalam penyata tuntutannya, mereka mendakwa bapa mereka sudah memasuki suatu kontrak perjanjian penerbangan dengan MAS dalam penerbangan dari Kuala Lumpur pada jam 12.41 tengah malam dan dijangka mendarat di Beijing, 6.30 pagi, 8 Mac lalu.

Plaintif mendakwa menerusi perjanjian itu, MAS sebagai defendan pertama seharusnya mengambil semua langkah yang wajib untuk memastikan suatu penerbangan yang selamat, namun sudah memungkiri perjanjian itu apabila gagal mendarat di Beijing dan tiada butiran lanjut mengenai pengakhiran pesawat itu sehingga hari ini.

Selain itu, mereka mendakwa defendan pertama tidak memberi penjelasan yang sewajarnya mengenai kejadian itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 1, 2014 @ 5:14am
d