mutakhir

Mahu kahwin militan IS

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Sepang: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan cuba memberi sokongan dan menjadi ahli kepada kumpulan militan Negara Islam (IS) pada 5 Oktober lalu.

Tertuduh Ummi Kalsom Bahak, 25, didakwa cuba meninggalkan Malaysia ke Syria untuk berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia yang juga anggota kumpulan militan berkenaan, Aqif Hussein Rahaizat.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ummi Kalsom didakwa melakukan kesalahan berkenaan di kaunter Imigresen, Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) jam 5.20 pagi ketika cuba menaiki pesawat AirAsia ke Brunei sebelum merancang ke Istanbul, Turki bagi memasuki Syria.

Ummi Kalsom didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J.

Malah, dia juga turut berdepan pertuduhan pilihan iaitu dengan cara mengambil penerbangan dari klia2 ke Istanbul melalui Brunei dalam percubaan untuk memberi sokongan kepada IS dengan memasuki Syria melalui Istanbul bagi manfaat kumpulan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 1, 2014 @ 5:16am
d