mutakhir

Suspek keluar pistol

Oleh Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah dua lelaki warga Filipina yang ditembak mati dalam operasi khas di Jalan Penampang Baru, di sini, kelmarin kerana dipercayai terbabit dalam tiga rompakan bersenjata di Sabah sepanjang bulan ini.

Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, tindakan itu juga diambil apabila seorang daripada individu itu mengeluarkan sepucuk pistol ketika anggota polis melakukan pemeriksaan ke atas mereka.

“Sebelum kejadian, polis mendapat maklumat akan berlaku rompakan bersenjata sekitar Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran semalam (kelmarin).

“Justeru, polis mengekori sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki dua lelaki yang berhenti di lokasi kejadian tanpa tahu tujuan mereka berhenti di situ....mungkin merancang melakukan rompakan.

“Anggota polis kemudian menghampiri dua suspek itu untuk melakukan pemeriksaan rutin sebelum berlaku insiden tembakan yang menyebabkan kematian mereka,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 1, 2014 @ 5:17am
d