mutakhir

Tak senang duduk

Oleh Norul Awatif Romli

Alor Setar: Seorang wanita warga emas yang lumpuh separuh badan kecewa apabila kediaman yang dihuni bersama anak lelakinya di Bukit Pinang, Pokok Sena, di sini, hampir dimasuki air buat kali kedua akibat hujan lebat selama dua jam petang, kelmarin.

Siti Hawa Mat Yasi, 69, berkata, setakat jam 11 pagi, semalam, air Sungai Padang Terap di belakang rumahnya sudah melimpah dan menenggelami halaman setinggi 0.5 meter, manakala rumah jirannya sudah dimasuki air.

Katanya, kejadian itu kali kedua dialaminya dalam tempoh empat hari dan kali ketiga dalam tempoh dua tahun sejak tinggal di rumah berkenaan.

“Banjir juga berlaku Oktober tahun lalu, menyebabkan kami terpaksa berpindah ke pusat pemindahan di surau Kampung Lapangan Terbang.

“Bezanya tahun ini, banjir tidak menentu kerana selepas dibenarkan pulang Rabu lalu, paras air sungai kembali naik ke paras bahaya menyebabkan kami tidak senang duduk.

“Lebih membimbangkan keadaan diri saya yang lumpuh akibat angin ahmar kira-kira enam tahun lalu, membataskan pergerakan terutama ketika anak keluar bekerja,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 1, 2014 @ 5:20am
d