mutakhir

13 lelaki gagal rompak kapal

Johor Bahru: Rancangan 13 lelaki warga asing untuk merompak kapal gagal apabila mereka ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor di Perairan Pulau Lima, Kota Tinggi di sini, kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 7.30 petang, sebuah bot ronda yang melakukan Ops Pensura menahan dan memeriksa kapal serta bot laju yang bergerak beriringan dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan 2.5 batu nautika dari Pantai Teluk Ramunia.

Katanya, pemeriksaan mendapati ada lima lelaki di dalam bot laju berkenaan manakala empat lagi di dalam kapal.

“Sebagai langkah waspada, sebuah lagi bot ronda dihantar bagi menghulurkan bantuan untuk melakukan pemeriksaan lebih teliti.

sumber berkata, pihaknya turut menemui empat lagi lelaki bersembunyi di bilik tidur kru kapal dan soal siasat ke atas mereka mendedahkan rancangan merompak kapal di perairan itu.

Disiarkan pada: November 2, 2014 @ 7:36am
d