mutakhir

Sambutan 'havoc' warga Bahau

Kuala Lumpur: Geng Rovers Harian Metro (GRHM) semalam mendekati pembaca setia akhbar ini seawal jam 7.30 pagi di Bahau, Negeri Sembilan.

Restoran Ross Family menjadi lokasi pertama jelajah dalam mempromosikan Harian Metro (HM) serta hari terakhir acara Petronas AAM Malaysian Cub Prix Championship 2014 yang berlangsung di Dataran Sri Jempol.

Sambutan baik daripada pelanggan yang menikmati sarapan malah kebanyakannya tidak melepaskan peluang mendapatkan akhbar HM serta hadiah istimewa daripada GRHM.

Jelajah diteruskan ke stesen bas dan pasukan GRHM tiba di situ tepat jam 9.30 pagi sebelum ke Stesen Petron Padang Kikir.

Seperti di lokasi sebelum ini, GRHM memberikan hadiah istimewa sebagai tanda terima kasih kerana mendapatkan akhbar HM daripada pasukan kembara terbabit lebih-lebih lagi semalam menjadi hari terakhir GRHM di pekan Bahau.

Menjelang petang, GRHM ke lokasi terakhir iaitu Dataran Sri Jempol bagi acara Petronas AAM Malaysian Cub Prix Championship 2014.

Cuaca panas terik tidak menghalang GRHM menjalankan aktiviti dan sesi soal jawab di gerai HM yang menawarkan hadiah istimewa.

Dengan sambutan warga Bahau yang cukup ‘havoc’ dan ‘sporting’, apa saja acara dan aktiviti yang dijalankan GRHM disertai mereka.

Disiarkan pada: November 3, 2014 @ 5:05am
d