mutakhir

Serpihan hanyut ke pesisir pantai

Oleh Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Selepas lapan bulan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi, kemungkinan besar serpihan pesawat dan barangan yang boleh diapungkan sudah hanyut ke pesisir pantai.

Pengarah Institut Oceanografi Pengajian Maritim dan Laut, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kuantan Prof Madya Dr Mohamed Kamil Abdul Rashid berkata, berdasarkan teori pergerakan arus, objek apungan akan mengambil masa yang lama untuk hanyut ke pantai kerana pergerakan arus tidak laju.

“Jika benar pesawat MH370 terhempas di tengah Lautan Hindi, pergerakan arus sangat perlahan dengan kelajuan satu hingga dua knot per jam serta mengambil masa berbulan-bulan untuk serpihan hanyut ke pantai.

“Dalam tempoh masa lapan bulan ini logik untuk serpihan pesawat, jaket keselamatan, objek apungan termasuk barangan peribadi mangsa hanyut ke pantai sejauh 3,000 kilometer,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 4, 2014 @ 5:11am
d