mutakhir

3 beranak pergi sekali

Oleh Syazwan Msar dan Rosliza Mohamed

Kuala Lipis: “Arwah baru menerima menantu pertama kira-kira dua bulan lalu apabila anak sulung Nik Zainuldin Nik Mohamed, 58, melangsungkan perkahwinan, namun kegembiraan itu hanya seketika apabila dia bersama isteri dan anak keempatnya terbunuh dalam kemalangan pagi tadi (semalam),” kata anak saudara mangsa, Nik Syafiq, 27.

Dalam kejadian jam 2.05 pagi itu, Nik Zainuldin bersama isteri Wan Akma Lailee Wan Aziz, 54, dan anak perempuannya, Nik Lyana, 19, terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser yang mereka naiki bertembung sebuah bas ekspres dua tingkat di Kilometer 92, Jalan Kuala Lipis-Merapoh dekat sini,

Kemalangan itu turut menyebabkan seorang lagi anak mangsa, Nik Mohd Baihaqi, 15, cedera parah di kepala dan anggota badan dan kini dirawat di Hospital Gua Musang, Kelantan.

Semua mangsa berasal dari Jalan Dusun Muda, Kota Bharu.

Nik Syafiq berkata, dia mengetahui kejadian itu kira-kira jam 6 pagi semalam selepas dimaklumkan saudaranya.

“Saya terkejut mendengar berita kerana baru bertemu mereka ketika majlis perkahwinan anak pertama bapa saudara, Nik Hafiz Nik Zainuldin, 25, pada awal September lalu.

“Namun, kegembiraan mereka hanya seketika apabila diduga dengan kehilangan tiga ahli keluarga serentak dalam kemalangan pagi tadi (semalam),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 4, 2014 @ 5:14am
d