mutakhir

Jatuh balkoni elak dicekup

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Tindakan seorang lelaki terjun dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Flora Damansara, di sini, sejurus menyedari kehadiran polis membongkar kegiatan suspek menjadikan kediaman itu sebagai makmal dadah mini.

Suspek berusia 41 tahun yang juga pengedar dadah yang amat dikehendaki pihak polis maut akibat parah di kepala dalam kejadian jam 6 petang, kelmarin.

Difahamkan kediaman suspek yang turut dihuni dua lagi rakannya itu diserbu polis sejurus polis menyoal siasat rakan mangsa yang ditahan di ibu negara sebelum kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, dua rakan suspek masing-masing berusia 33 dan 21 tahun diberkas manakala suspek utama terjatuh daripada balkoni rumahnya ketika cuba mengelak ditahan polis.

Difahamkan suspek maut di lokasi kejadian selepas parah di kepala dan badan sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 4, 2014 @ 5:15am
d