mutakhir

'Teh pacak' mati kejur

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Kuala Lumpur: Badan jadi kuat dan boleh tidur nyenyak. Itu antara penipuan dilakukan sebuah syarikat pengedar produk kesihatan yang didapati menjual produk minuman ‘teh pacak’ dicampur racun perangsang seks.

Penjualan serbuk racun perangsang seks yang sengaja dicampur di dalam peket minuman campuran itu didakwa boleh memberi kekuatan luar biasa kepada lelaki, selain mengatasi masalah sukar tidur.

Bagaimanapun ujian makmal kimia mengesahkan produk dijual melalui kaedah jualan langsung itu mengandungi kimia analog sindenafil yang mampu menyebabkan serangan sakit jantung.

Kegiatan penjualan produk minuman berbahaya itu dibongkar selepas pihak Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kuala Lumpur melakukan siasatan dan risikan terhadap penjualan produk itu.

Ketua Seksyen Pencegahan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur, Mohd Shahid Yahaya berkata, pihaknya sebelum ini menerima maklumat dari dua pengadu yang sangsi terhadap kandungan produk minuman itu.

Menurutnya, ujian makmal kimia terhadap sampel produk itu mendapati ia mengandungi [resepi’ maut kimia analog sildenafil berbeza.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 5, 2014 @ 5:10am
d