mutakhir

Badan kerdil jiwa besar

Oleh Siti Fatimah Hassan

Bangi: “Selepas habis berpantang melahirkan anak kedua, saya terus mendapat tawaran melanjutkan pengajian di peringkat sarjana. Walaupun anak masih kecil, saya syukur kerana suami dan keluarga memberi sokongan bagi membolehkan saya tidak terlepas peluang menimba ilmu,” kata seorang graduan kerdil Katijah Abu Samah, 38.

Guru pendidikan khas Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan itu menerima Sarjana Kajian Bahasa Melayu pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-42, di sini, semalam.

Katijah yang mengalami kecacatan kaki sejak kecil berkata, dia sentiasa berpegang kepada pesanan arwah bapa Abu Samah Ali yang meninggal lapan tahun lalu supaya terus mencari ilmu selagi diberi peluang.

Katanya, sebagai OKU, dia tidak menafikan ada yang memandang rendah terhadap keupayaannya untuk mencapai kejayaan.

“Bagi saya, sebagai OKU kita jangan malu rebut peluang yang ada terutama dalam mencari ilmu kerana banyak kemudahan disediakan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 5, 2014 @ 5:11am
d