mutakhir

Halal atau tidak...

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur : “Kita bimbang wujud unsur pemujaan menggunakan air kerana patung agama digunakan pada label botol.

“Justeru, kita minta pihak berkuasa siasat secara menyeluruh supaya rakyat akan faham.

“Bukan itu saja, kita persoalkan bagaimana boleh gambar patung diletakkan bersama logo halal.

“Ini yang mengelirukan pengguna Islam di negara ini, apakah minuman itu halal atau tidak. Sepatutnya, pengeluar atau pihak berkaitan lebih sensitif dengan isu ini,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Pada sidang media semalam, beliau memaklumkan pihaknya menerima dua aduan mengenai sebuah syarikat pengeluar air mineral meletakkan gambar patung agama bersebelahan logo halal Malaysia sehingga mengelirukan orang ramai terutama masyarakat Islam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 5, 2014 @ 5:13am
d