mutakhir

Dilantik imam penjara

Oleh Kamarulzaman Pid

Songkhla : “Dulu saya lupa tikar sembahyang, jadi Allah hantar saya ke penjara ini dan jadi insan terpilih untuk berubah.

“Saya tak menyesal dipenjarakan sebab inilah balasan atas kesalahan saya yang lalu,” kata Azman, dari Kuala Kedah yang dipenjarakan tujuh tahun enam bulan atas kesalahan mengedar ganja seberat 98 kilogram.

Dia ditahan di Danok, dekat sini, pada 15 Januari 2012 apabila polis Thailand menemui dadah itu yang disorok dalam but keretanya.

“Sebelum ini, saya berniaga barangan runcit iaitu beli barang di Kedai Bebas Cukai dan Danok seperti rokok dan barangan lain untuk dijual di Malaysia.

“Saya pun tak tahu ada ganja dalam kereta itu sebab kenderaan itu juga digunakan rakan lain,” katanya.

Dia ditemui pada Program Jejak Tirai Besi (Thailand) yang dijalankan dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand.

Azman yang kini dipenjarakan di Songkhla Correction Special Treatment Prison berkata, sejak meringkuk dalam penjara lebih dua tahun lalu, dirinya banyak berubah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 5, 2014 @ 5:17am
d