mutakhir

Kasih sampai mati

Oleh Ahmad Ismail

Segamat: Satu pasangan warga emas bagaikan hidup berdua mati bersama apabila si suami meninggal dunia sejam selepas mayat isterinya dibawa pulang dari hospital ke rumah mereka di Jalan Sekolah, Kampung Baru, Labis di sini, kelmarin.

Khoo Swee Kai, 73, meninggal dunia sejam selepas mayat isterinya, Tan Siew Ying, 66, yang meninggal dunia di Hospital Segamat akibat angin ahmar dibawa pulang ke rumah mereka jam 10 malam.

Menurut anak mereka, Khoo Niang Mei, 43, bapanya sedih sejak ibunya dimasukkan ke Hospital Segamat akibat serangan angin ahmar beberapa hari lalu.

Katanya, jam 10 malam kelmarin, mayat ibunya dibawa pulang ke rumah untuk proses pengkebumian sepatutnya diadakan keesokannya.

“Setiba di rumah, saya lihat ayah termenung di atas kerusi roda kerana dia tidak dapat berjalan akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.

“Ketika menghampirinya, ayah beritahu dia sedih kerana ibu pergi dulu dan menurutnya, dia berharap mereka mati bersama kerana tidak mahu hidup tanpa ibu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 6, 2014 @ 5:12am
d